"MEMBINA INSAN MULIA MELALUI INSTITUSI PENYAYANG"
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2023. SEMOGA MEMPEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG!
"MEMBINA INSAN MULIA MELALUI INSTITUSI PENYAYANG"
TAHNIAH USTAZ ABDUL RASHID BIN ABDUL LATEH (ABDUL RASHID ABDUL LATEH) ATAS PENERINAAN ANUGERAH SEBAGAI TOKOH GURU BESAR CEMERLANG PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TUMPAT.
SEMOGA KEJAYAAN YANG DIRAIH MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT PARA PENDIDIK. INSYAALLAH SEMOGA LEBIH BANYAK KEJAYAAN YANG AKAN DIRAIH DI MASA AKAN DATANG.
TAHNIAH!!
“MEMBINA INSAN MULIA MELALUI INSTITUSI PENYAYANG”
TAHNIAH& SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN KOTA BHARU ATAS KEMENANGAN SAGUHATI DALAM PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH (PERKISS) 2023 PERINGKAT NEGERI ANJURAN PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM – SWCORP DAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAAN KERAJAAN TEMPATAN. PROGRAM TERSEBUT TURUT MENDAPATKAN TAJAAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM), FRASER & NEAVE HOLDING BERHAD (F&N) DAN TETRA PAK MALAYSIA.
KAMI AMAT BERBANGGA MENYAKSIKAN PENGLIBATAN AKTIF DAN KEPRIHATINAN WARGA SRI AMAN KOTA BHARU SEPANJANG KEMPEN INI BERLANGSUNG. SEMOGA PROGRAM SEBEGINI AKAN LEBIH GIAT DIANJURKAN BAGI MEMBERI INSPIRASI DAN MENINGKATKAN KESEDARAN SERTA KEFAHAMAN MASYARAKAT DALAM USAHA MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG BERSIH, INDAH DAN SEJAHTERA DISAMPING DAPAT MENYEMAI SIKAP CINTAKAN ALAM SEKITAR DALAM KALANGAN DIRI PELAJAR. INGATLAH TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBERSIHAN DAN MEMELIHARA KELESTARIAN ALAM ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA. SEKALI LAGI SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SELURUH WARGA SRI AMAN KOTA BHARU.
“MEMBINA INSAN MULIA MELALUI INSTITUSI PENYAYANG”
#PUSATPENDIDIKANAMAN
#SRIAMANKOTABHARU
#PERKISS2023
#MALAYSIABERSIHINDAHSEJAHTERA
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA GURU BESAR SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU, USTAZ RASHID BIN ABDUL LATEH ATAS ANUGERAH GURU SEKOLAH SWASTA BERWIBAWA YANG DITERIMA PADA 16 NOVEMBER LALU BERSEMPENA MAJLIS APRESIASI GURU & PERKONGSIAN ILMU PERINGKAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN TAHUN 2023 BERTEMPAT DI DEWAN SRI TUNJONG.
ANUGERAH INI MEMBUKTIKAN BAHAWA ILTIZAM, SEMANGAT PERJUANGAN YANG TINGGI DAN USAHA YANG BERTERUSAN YANG DITONJOLKAN MAMPU MELETAKKAN PARA PENDIDIK UNTUK BERSAING DAN BERJAYA DI PERINGKAT TERTINGGI. SEMOGA KEJAYAAN INI MEMBERI SENTUHAN PARADIGMA SERTA MENYUNTIK SEMANGAT JUANG KEPADA SELURUH PENDIDIK DI MALAYSIA UNTUK BERDIRI SAMA TINGGI DAN DUDUK SAMA RENDAH DALAM ARENA PENDIDIKAN ANTARABANGSA.
"MEMBINA INSAN MULIA MELALUI INSTITUSI PENYAYANG"
#PUSATPENDIDIKANAMAN
#SRIAMANWAKAFBHARU
#SRIAMANKOTABHARU
#SRIAMANMACHANG
#MALAYSIAMADANI
#KARAMAHINSANIAH