https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1696911522.png

INSTITUSI AMAN RAIH KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN VIDEO PENDEK IKRAM MUSLEH 2023

ALHAMDULILLAH TELAH BERLANGSUNG MAJLIS PENUTUP & PENGUMUMAN PEMENANG BAGI PERTANDINGAN VIDEO PENDEK IKRAM MUSLEH (PVPIM) PADA JUMAAT, 6 OKTOBER 2023 ANJURAN SEKTOR KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH & KRS MUSLEH DENGAN KERJASAMA MAJLIS PENGETUA GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH ISLAM MALAYSIA, JARINGAN SEKOLAH ISLAM TERPADU (JIST) INDONESIA & ASSALAM SMART SCHOOL ASSOCIATION OF THAILAND (ASSA).

SEBANYAK 18 ACARA TELAH DIPERTANDINGKAN DAN ALHAMDULILLAH SERTA TAHNIAH KAMI UCAPKAN BUAT SEMUA, KHUSUSNYA KEPADA GURU-GURU DAN PESERTA DARIPADA SEKOLAH-SEKOLAH PENDIDIKAN AMAN. SYABAS DAN TAHNIAH!!

KAMI MENDOAKAN AGAR KEJAYAAN YANG DIMENANGI INI MEMBERIKAN SEMANGAT SERTA INSPIRASI KEPADA PARA PELAJAR UNTUK TERUS AKTIF DALAM KOKURIKULUM, MENINGKATKAN SAHSIAH SERTA DISIPLIN PELAJAR DAN MENANAMKAN LAGI SEMANGAT CINTAKAN ILMU.

TERUSLAH MAJU KEHADAPAN DAN SEMOGA BEROLEH KEMENANGAN HEBAT. AMIN, INSHAALLAH.

“MEMBINA INSAN MULIA MELALUI INSAN PENYAYANG”

LAGI
https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1689811747.png

SALAM MAAL HIJRAH 1445H/2023

SALAM MAAL HIJRAH 1445H & SELAMAT TAHUN BARU ISLAM 2023.
 
REBUTLAH PELUANG INI UNTUK SENTIASA MEMPERBAHARUI KEHIDUPAN DEMI MENJAMIN UMMAH YANG BERKUALITI.
 
“MEMBINA INSAN MULIA MELALUI INSTITUSI PENYAYANG”
LAGI
https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1689120839.png

KEJOHANAN SUKAN PERSIAP 2023

LENSA KEJAYAAN ANAK-ANAK SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN KOTA BHARU, SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU DAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN MACHANG DI KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ISLAM PERSENDIRIAN KELANTAN (PERSIAP) 2023 YANG DIADAKAN PADA 6 JULAI 2023 BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN, PANJI, KOTA BHARU.

SEBANYAK 13 BUAH SEKOLAH TELAH MENGHANTAR WAKIL PESERTA MASING-MASING UNTUK MENYERTAI ACARA SUKAN YANG DIADAKAN TERMASUK PING PONG, BALAPAN, BOLA JARING, FUTSAL, MEMANAH DAN BADMINTON.
TURUT BERBANGGA ATAS KEJAYAAN YANG DIRAIH, KAMI INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KHUSUSNYA BUAT MURID-MURID, GURU-GURU DAN IBUBAPA YANG MELIBATKAN DIRI SECARA AKTIF SEPANJANG TEMPOH LATIHAN SEHINGGA KE HARI PERLAWANAN. DIDOAKAN SEMOGA SEMANGAT KESUKANAN INI TERUS MEKAR DALAM DIRI MURID-MURID SERTA MENJADI INSPIRASI KEPADA MURID-MURID LAIN DALAM MENYEMARAKKAN LAGI TEMA "AKHLAK MITHALI, GENERASI RABBANI".

PINANG DIBELAH DIBUAT MAINAN,
DIBUANG KE HULU LEKAT DI PAYA,
MENANG KALAH ADAT PERMAINAN,
BERJUANG DAHULU SEKUAT DAYA.

LAGI
https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1688343333.png

PEMENANG TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN TILAWAH TERBUKA ZON KB 3

ALHAMDULILLAH ATAS NIKMAT KEJAYAAN YANG DIBERIKAN. TAHNIAH BUAT AL HAFIZ MUHAMAD AFIQ BIN MUHAMAD SYUHAIMIN YANG TELAH BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KETIGA DALAM PERTANDINGAN TILAWAH LELAKI TERBUKA ZON KB 3 (PERINGKAT YIK). KAMI DI PUSAT PENDIDIKAN AMAN MENDOAKAN SUPAYA KEJAYAAN INI SENTIASA DAPAT DIRAIH DI MASA AKAN DATANG SERTA MENJADI INSPIRASI KEPADA PELAJAR-PELAJAR LAIN. INSHAALLAH.
 
“MEMBINA INSAN MULIA MELALUI INSTITUSI PENYAYANG”
LAGI
https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1688265107.png

PELAJAR MTA MEMENANGI TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN HAFAZAN LELAKI PERINGKAT ZON KB 3

ALHAMDULILLAH SYUKUR DI ATAS KEJAYAAN YANG DITERIMA OLEH ADIK SIDDIQ BIN ABDULLAH FAHMI YANG BERJAYA MEMENANGI TEMPAT NAIB JUARA DI PERTANDINGAN HAFAZAN LELAKI PERINGKAT ZON KB 3. PERTANDINGAN DIANJURKAN DI BAWAH YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) PADA 26 JUN 2023 BERTEMPAT DI KOLEJ TAHFIZ SAINS NURUL AMAN. SELURUH WARGA KERJA PUSAT PENDIDIKAN AMAN MENGUCAPKAN TRAHNIAH ATAS KEJAYAAN YANG DIRAIH SERTA TURUT MENDOAKAN AGAR KECEMERLANGAN INI MENJADI TERAS KEPADA KEJAYAAN YANG LEBIH BANYAK DI MASA AKAN DATANG. INSHAALLAH AAMIIN.


“MEMBINA INSAN MULIA MELALUI INSTITUSI PENYAYANG”
LAGI
https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1686534980.jpg

TAHNIAH PEMENANG PINGAT EMAS KEJUARAAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN PENDEKAR SEABAD 2023

SEKALUNG TAHNIAH! BUAT SAUDARI SITI NAJWA NASUHA, PELAJAR TINGKATAN 4 BUKHARI (SMI AMAN BINJAI) YANG TELAH BERJAYA MEMENANGI PINGAT EMAS DI KEJUARAAN SILAT TERBUKA, PENDEKAR SEABAD, UNIVERSITI MALAYA KALI KE-14, PERINGKAT KEBANGSAAN DENGAN JEMPUTAN ANTARABANGSA 2023 BAGI KATEGORI PUTERI REMAJA KELAS F.

KEJUARAAN TERSEBUT TELAH BERLANGSUNG PADA 31 MEI HINGGA 4 JUN 2023 DI EVOLVE CONCEPT MALL, ARA DAMANSARA, SELANGOR.

KEJAYAAN LUAR BIASA INI AMAT MEMBANGGAKAN SEKALIGUS MEMBERI INSPIRASI KEPADA PELAJAR-PELAJAR LAIN. SEMOGA TERUS CEMERLANG!

#SMIAMANCEMERLANG
#JOMMASUKSMIAMAN

LAGI
https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1686450278.png

PELAJAR SMI AMAN RAIH KEPUTUSAN SPM CEMERLANG

SYUKUR YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA ALLAH SWT 🤲🏼🤲🏼🤲🏼 ATAS NIKMAT KEJAYAAN YANG DIKURNIAKAN KE ATAS PARA PELAJAR KAMI DI SMI AMAN.
 
ALHAMDULILLAH, SERAMAI DUA ORANG PELAJAR SMI AMAN BERJAYA MENDAPATKAN GRED A DALAM SEMUA SUBJEK. 
TURUT MEMBANGGAKAN LAGI, KEPUTUSAN YANG DIRAIH SEKALIGUS MENINGKATKAN;
 
GRED PURATA SEKOLAH MENINGKAT DRPD 4.50 KEPADA 4.03
✅ 12/15 MATA PELAJARAN MENINGKAT GRED PURATA MATA PELAJARAN (GPMP)
✅ 100% MURID LULUS (LULUS BM & SEJARAH) DAN LAYAK MENDAPAT SIJIL SPM
 
INI MERUPAKAN PENCAPAIAN TERBAIK SPM SMI AMAN🤩😍
 
SEMOGA PARA PENDIDIK SERTA PELAJAR-PELAJAR SMI AMAN TERUS BERSEMANGAT DALAM MENGECAPI MANISNYA KEJAYAAN DI MASA AKAN DATANG! INSHAALLAH.
 
SELURUH WARGA PUSAT PENDIDIKAN AMAN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR SPM 2022 ATAS KEPUTUSAN CEMERLANG MEREKA SERTA TIDAK LUPA JASA SERTA PENGORBANAN WARGA PENDIDIK DI SMI AMAN KHUSUSNYA KEPADA PUAN PENGETUA,  MUALLIMAH ZUNAINAH BINTI JEMENIN 👏🏼✨ 
 

BACA BERITA PENUH DI FACEBOOK PAGE SMI AMAN DI PAUTAN;
 
LAGI

Page 2 of 3