https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1733114406.png

UJIAN BERTUTUR SPM 2024, SELAMAT MAJU JAYA!

✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2024 ✨
 
📚 LANGKAH PERTAMA MENUJU MASA DEPAN GEMILANG!
 
💪 KEPADA SEMUA CALON SPM 2024, PERCAYALAH PADA USAHA DAN DOA ANDA. SEMOGA ILMU YANG DIPELAJARI DIPERMUDAHKAN DAN KEJAYAAN MENJADI MILIK ANDA.
 
🌟 JANGAN LUPA:
TENANG, YAKIN, DAN FOKUS.
JAGA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL.
DOA RESTU IBU BAPA DAN GURU SENTIASA MENGIRINGI.
 
“TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA, DAN TIADA USAHA YANG SIA-SIA.”
 
LAGI
https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1733027955.png

CAKNA BENCANA BANJIR 2024 PENDIDIKAN AMAN

UJIAN MUSIBAH BANJIR BERIKUTAN MONSUN TIMUR LAUT YANG MELANDA BARU-BARU INI MEMBERI KESAN KEPADA BEBERAPA INSTITUSI PENDIDIKAN AMAN. PELBAGAI PERALATAN SEKOLAH TERMASUK DI BILIK DARJAH SERTA FASILITI LAIN TURUT MENGALAMI KEROSAKAN DAN MEMERLUKAN BAIK PULIH ATAU DIGANTI DENGAN YANG BARU SUPAYA SEKOLAH DAPAT BEROPERASI DENGAN BAIK.


SELAIN ITU, HAMPIR 30 ORANG GURU/KAKITANGAN DAN KELUARGA TURUT TERJEJAS DENGAN UJIAN INI. KEROSAKAN RUMAH DAN PERALATAN SERTA KEROSAKAN KENDERAAN ANTARA KEPERITAN YANG DIALAMI OLEH MEREKA.
SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KAMI DI PUSAT PENDIDIKAN AMAN INGIN MENGGERAKKAN KEMPEN CAKNA BENCANA BANJIR 2024 PENDIDIKAN AMAN DAN MEMOHON JASA BAIK TUAN/PUAN UNTUK MENGHULURKAN SUMBANGAN BAGI MERINGANKAN BEBAN SERTA MEMBANTU SEIKHLAS HATI KEPADA INSTITUSI SERTA ANGGOTA KAKITANGAN KAMI YANG MEMERLUKAN.

BANTUAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN BANK ISLAM SEPERTI MAKLUMAT DI BAWAH:


03018010065444 (BANK ISLAM)
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN SEKOLAH ISLAM AMAN (BAKKSA)
REFERENCE: BANTUAN BANJIR 2024

DARIPADA ABU HURAIRAH R.A, NABI SAW, BERSABDA: “BARANG SIAPA YANG MELEPASKAN SATU KESUSAHAN SEORANG MUKMIN, PASTI ALLAH AKAN MELEPASKAN DARINYA SATU KESUSAHAN PADA HARI KIAMAT” (HR MUSLIM).

LAGI
https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1731826108.png

PROGRAM KEMASYARAKATAN TENTANG KEBAJIKAN HAIWAN PELIHARAAN

PROGRAM KEMASYARAKATAN TENTANG KEBAJIKAN HAIWAN PELIHARAAN BERSAMA FAKULTI PERUBATAN VETERINAR UNIVERSITI WIJAYA KUSUMA SURABAYA, INDONESIA & UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN MALAYSIA.
 
14 NOVEMBER 2024,KHAMIS
 
SRI AMAN KOTA BHARU INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA BARISAN TETAMU YANG SUDI HADIR MEMBERI PENGISIAN YANG BERMANFAAT UNTUK ANAK - ANAK TAHUN 5 SERAMAI 95 ORANG BERKENAAN DENGAN 'KEBAJIKAN HAIWAN PELIHARAAN'. PROGRAM BERLANGSUNG SELAMA 1 JAM 30 MINIT BERMULA JAM 8.00 HINGGA 9.30 PAGI.
 
TETAMU YANG HADIR DARIPADA UNIVERSITI WIJAYA KUSUMA IAITU DEKAN FAKULTI PERUBATAN VETERINAR, DR DESTY APRITYA TIMB DEKAN, DR DIAN AYU KARTIKA SARI, DR MOH. NOOR RAHMAN, DR INTAN PERMATASARI HERMAWAN, DR HANA CIPKA PRAMUDA WARHANI, DR KURNIA DESIANDURA. TURUT MENGIRINGI WAKIL FAKULTI PERUBATAN VETERINAR, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN IAITU DR LUQMAN B ABU BAKAR DAN DR ROSLINA BT RASHID BERSAMA MEMERIAHKAN PROGRAM INI.
 
SEMOGA PROGRAM SEBEGINI DAPAT LAGI DILAKSANAKAN UNTUK MEMBERI MANFAAT SERTA MAKLUMAT ILMU YANG BERGUNA BUAT ANAK-ANAK MURID SEKOLAH KAMI. PIHAK SEKOLAH AMAT BERBANGGA SERTA BERBESAR HATI MENERIMA TETAMU BESAR INI , MOHON MAAF DI ATAS KEKURANGAN DARIPADA PIHAK KAMI. SEMOGA PROGRAM SEBEGINI DAPAT LAGI BERLANGSUNG DIPENTAS SRI AMAN KOTA BHARU DI LAIN MASA. INSHAALLAH.
 
 
KUNJUNGI FACEBOOK SRI AMAN KOTA BHARU UNTUK INFO LANJUT;
LAGI
https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1731205257.png

TAHNIAH!!! KEJUARAAN SILAT REMAJA KELANTAN

ALHAMDULILLAH, PADA 30-31 OKTOBER 2024, SAUDARI SITI MAISARAH BINTI AB AZIZ, MURID TINGKATAN 3 SMI AMAN, TELAH BERJAYA MEMENANGI PINGAT EMAS KATEGORI PUTERI E DI KEJUARAAN SILAT REMAJA KELANTAN. KEJUARAAN TERSEBUT TELAH DIADAKAN DI KOMPLEKS MAJLIS SUKAN NEGERI KELANTAN, TELIPOT.
 
KEMENANGAN INI MELAYAKKAN BELIAU MEWAKILI NEGERI KELANTAN DI KEJUARAAN SILAT REMAJA PERINGKAT KEBANGSAAN. TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA BELIAU DAN KEDUA IBU BAPA YANG MEMBERI SOKONGAN PADU!
 
💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠
 
[PENDAFTARAN MURID BAHARU SMI AMAN 2025 KINI DIBUKA]
 
JOM DAFTAR ANAK-ANAK DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AMAN KOTA BHARU, KELANTAN! 😃
 
🌐 CARA PENDAFTARAN:
 
 
SEBARANG PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
☎️ 09-7667560
📧 SMIAMAN@AMAN.EDU.MY
 
LAGI
https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1731204098.png

MUKHAYYAM TARBAWI PERSIAP 2024

MURID TAHUN 6 MENYERTAI PROGRAM MUKAYYAM TARBAWI PERSIAP 2024
 
PADA 29 HINGGA 31 NOVEMBER 2024 LALU, MURID-MURID SRI AMAN KOTA BHARU, SRI AMAN WAKAF BHARU DAN SRI AMAN MACHANG TELAH MENYERTAI MUKAYYAM TARBAWI PERSIAP 2024 YANG BERLANGSUNG DI SRI NIPAH BEACH RESORT. PROGRAM INI TELAH DIANJURKAN OLEH PERSIAP BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN (MAIK) DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DAERAH BACHOK DAN DISERTAI OLEH 11 BUAH SEKOLAH RENDAH ISLAM SWASTA DARI SELURUH KELANTAN YANG MELIBATKAN 390 MURID DAN 30 GURU PENGIRING.
 
PROGRAM SELAMA TIGA HARI INI BERTUJUAN MENDIDIK DAN MEMBENTUK GENERASI MUDA YANG BERAKHLAK MULIA, BERDAYA SAING, DAN PEKA TERHADAP NILAI-NILAI UKHWAH DAN KEPIMPINAN MELALUI PELBAGAI AKTIVITI YANG BERSTRUKTUR DAN MENYERONOKKAN.
 
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MURID-MURID TAHUN 6 INSTITUSI AMAN YANG BERJAYA MENYERLAH DALAM BEBERAPA ACARA SEPANJANG MUKAYYAM TARBAWI PERSIAP 2024. MEREKA TELAH MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DENGAN MEMENANGI BEBERAPA PERTANDINGAN MEMASAK DAN PERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN. KEJAYAAN INI MEMBUKTIKAN BAKAT SERTA KESUNGGUHAN MURID-MURID DALAM MENONJOLKAN KEBOLEHAN MEREKA DI PERINGKAT YANG LEBIH LUAS.
 
MUKAYYAM TARBAWI PERSIAP 2024 MENJADI PLATFORM PENTING UNTUK MEMBANGUNKAN GENERASI MUDA YANG BUKAN SAHAJA CEMERLANG DALAM AKADEMIK TETAPI JUGA DARI SEGI SAHSIAH DAN KEMAHIRAN SOSIAL. PIHAK SEKOLAH MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA PIHAK PENGANJUR DAN BERHARAP AGAR PROGRAM SEBEGINI DAPAT DITERUSKAN PADA MASA AKAN DATANG UNTUK MELAHIRKAN LEBIH RAMAI PELAJAR YANG BERAKHLAK, BERILMU, DAN BERSEDIA MENGHADAPI CABARAN GLOBAL.
 
KUNJUNGI INSTITUSI KAMI DI FACEBOOK:

SRI AMAN MACHANG : HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SRI.AMAN.MACHANG.KEL

SRI AMAN WAKAF BHARU : HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SRIAMANWB
 
 
LAGI
https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1728436528.jpg

PENDAFTARAN KE SEKOLAH MENENGAH ISLAM AMAN

ASSALAMUALAIKUM WBKT DAN SALAM SEJAHTERA 🌹

[PENDAFTARAN MURID BAHARU SMI AMAN SESI 2025/ 2026 KINI DIBUKA]

JOM DAFTAR ANAK-ANAK DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AMAN KOTA BHARU, KELANTAN! 😃


🌐 CARA PENDAFTARAN:
 
 
MENGAPA PERLU MASUK SMI AMAN KOTA BHARU?

💠 INSTITUSI PENDIDIKAN BERTERASKAN TARBIYAH ISLAMIYAH
💠 KURIKULUM KSSM KPM TERKINI DAN KURIKULUM DINIYAH IKRAM MUSLEH
💠 TENAGA PENGAJAR YANG BERKELAYAKAN DAN KOMITED
💠 KOKURIKULUM YANG MANTAP DI PELBAGAI PERINGKAT DAERAH, NEGERI, KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA YANG MENYUMBANG MARKAH KOKURIKULUM YANG TINGGI
💠 PELUANG KE IPTA SAMA SEPERTI SEKOLAH KEMENTERIAN
💠 PROGRAM TARBIYAH DAN PEMBANGUNAN INSAN SEPERTI HALAQAH, DAURAH, QIAMULLAIL, IHYA RAMADHAN, DAN PKPIM (PENTAKSIRAN KONSTRUK PELAJAR IKRAM MUSLEH)
💠 PROGRAM TAHFIZ DAN PEMANTAPAN AL QURAN
💠 PROGRAM KEPIMPINAN SEPERTI MUKHAYYAM, KHIDMAT MASYARAKAT, KURSUS KEPIMPINAN DAN LEAD (LEADERSHIP EXPLORATORY AND DEVELOPMENT PROGRAM)

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:
☎️09-7667560
📧 SMIAMAN@AMAN.EDU.MY

LAGI
https://my20.awfatech.com/aman/content/news/newsf1_S648_1727915150.png

SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN

SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN

DAULAT TUANKU 💛

MERAFAK SEMBAH DENGAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN UCAP SELAMAT SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-55 TAHUN PADA 25 RABIUL AWAL 1446H BERSAMAAN AHAD, 29 SEPTEMBER 2024.

SEMOGA ALLAH SWT MELANJUTKAN USIA DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SERTA DIPAYUNGI RAHMAT DAN KASIH SAYANG YANG MAHA ESA BERPANJANGAN.

“MEMBINA INSAN MULIA MELALUI INSTITUSI PENYAYANG”

LAGI

Page 1 of 4