Makluman
  1. ANUGERAH PENINGKATAN GPS SPPIM SRI 2023 & 2024 OLEH MPGBSIM
  2. LAWATAN RASMI SEKSYEN PENGURUSAN KAFA KELANTAN
  3. SALAM MAULIDUR RASUL 1447H
  4. SALAM KEMERDEKAAN KE 68
  5. TOKOH KHIDMAT MASYARAKAT (SRI) - WAN TASNIM WAN HILMI
  6. TAHNIAH SMI AMAN - HARI ANUGERAH MUSLEH (HARUM) 2025
  7. KEJOHANAN BADMINTON MSSD KBS 2025
  8. KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
  9. TAHNIAH SMI AMAN, ANUGERAH PENINGKATAN GPS SPM 2024!
  10. PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK 2025
  11. PROGRAM IBADAH KORBAN @ SMI AMAN
  12. STRATEGIC COLLABORATION BETWEEN JTB MALAYSIA & PRIVATE EDUCATION
  13. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID (MAKEM) DAN GRADUASI SPM 2024/2025 DI SMI AMAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN MERIAH
  14. MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PENUH MAKNA DI SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN, WAKAF BHARU
  15. SEKALUNG TAHNIAH SAKB ATAS KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN SUKAN PERMAINAN 2025
  16. MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH BADAN KEPIMPINAN SAWB 2025 BERLANGSUNG MERIAH
  17. PELAJAR SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU CEMERLANG DI MATSOGI TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2025
  18. SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU SERTAI KESUNAS 2025: SEMANGAT SUKAN DAN UKHUWAH DI PENTAS NASIONAL
  19. SELAMAT HARI GURU 2025
  20. RIANG RIA RAYA MERIAH DI SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU
  21. HARI PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2024
  22. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AMAN
  23. PELAJAR SRI AMAN WAKAF BHARU CEMERLANG DALAM KEJOHANAN CATUR MSSD TUMPAT
  24. PELAJAR SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU SERTAI KEM KHALIFAH MUDA 2.0 DI SHAH ALAM
  25. HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN 2025 MERIAH DAN PENUH MAKNA
  26. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN SEDEKAD PENUBUHAN SRI AMAN MACHANG
  27. KEJOHANAN PING PONG MSSD MACHANG 2025
  28. KEJOHANAN PING PONG MSSD TUMPAT 2025: SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU CIPTA KEJAYAAN CEMERLANG
  29. KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MACHANG 2025
  30. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TASKA AMAN
  31. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TADIKA IMAN JUNIOR
  32. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TADIKA IMAN 1
  33. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
  34. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN
  35. KUNJUNGAN PIHAK AWFATECH GLOBAL KE PUSAT PENDIDIKAN AMAN
  36. AHLAN WASAHLAN & SELAMAT DATANG PENGURUS BESAR PPA
  37. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2024
  38. KELAS SMART QURAN AL-FATEH JUNIOR
  39. UJIAN BERTUTUR SPM 2024, SELAMAT MAJU JAYA!
  40. CAKNA BENCANA BANJIR 2024 PENDIDIKAN AMAN
  41. PROGRAM KEMASYARAKATAN TENTANG KEBAJIKAN HAIWAN PELIHARAAN
  42. TAHNIAH!!! KEJUARAAN SILAT REMAJA KELANTAN
  43. MUKHAYYAM TARBAWI PERSIAP 2024
  44. PENDAFTARAN KE SEKOLAH MENENGAH ISLAM AMAN
  45. SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN
  46. 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ“ 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€
  47. SUKMA SARAWAK 2024
  48. TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH MUSLEH 2024 (HARUM)
  49. TAHNIAH GRADUAN SPAIM KOHORT 2022/2023
  50. TAHNIAH CALON SPM 2023
  51. DAULAT TUANKU
  52. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2023
  53. SAWB - TOKOH GURU BESAR CEMERLANG PERINGKAT PPD TUMPAT
  54. SRI AMAN KOTA BHARU MENANG SAGUHATI DALAM PERKISS 2023
  55. GURU BESAR SRI AMAN WAKAF BHARU TERIMA ANUGERAH GURU BERWIBAWA
  56. INSTITUSI AMAN RAIH KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN VIDEO PENDEK IKRAM MUSLEH 2023
  57. SALAM MAAL HIJRAH 1445H/2023
  58. PELAJAR MTA MEMENANGI TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN HAFAZAN LELAKI PERINGKAT ZON KB 3
  59. PELAJAR SMI AMAN RAIH KEPUTUSAN SPM CEMERLANG
  60. TAHNIAH PEMENANG PINGAT EMAS KEJUARAAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN PENDEKAR SEABAD 2023
Image Banner

ANUGERAH PENINGKATAN GPS SPPIM SRI 2023 & 2024 OLEH MPGBSIM

πŸ“£ Tahniah atas Peningkatan Gred Purata Sekolah (SPPIM SRI 2023 & 2024)! πŸŽ‰ Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan sekolah-sekolah rangkaian Sekolah Rendah Islam (SRI) di bawah naungan Pusat Pendidikan Aman yang telah menerima Anugerah Peningkatan Gred Purata Sekolah (SPPIM SRI 2024) daripada Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM).
 
πŸ… Penerima Anugerah SPPIM SRI 2024
 
Kejayaan ini meneruskan rekod cemerlang tahun sebelumnya:
 
πŸ… Penerima Anugerah SPPIM SRI 2023
 
🌿 Sesungguhnya kejayaan ini bukan sekadar angka, tetapi cerminan usaha dan doa yang berterusan. Di sebalik pencapaian ini tersimpan semangat warga pendidik yang gigih, sokongan ibu bapa yang padu, dan kesungguhan anak-anak didik yang tidak pernah jemu berusaha.
 
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SAKB, SAWB dan SRIAM atas peningkatan prestasi yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh dalam mendidik generasi rabbani yang berilmu dan berakhlak mulia. 🌸
 
LAGI

LAWATAN RASMI SEKSYEN PENGURUSAN KAFA KELANTAN

πŸ“’ Lawatan Rasmi Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan
 
Alhamdulillah, Pusat Pendidikan Aman telah menerima lawatan daripada wakil Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan Kelantan ke tiga cawangan kami:
 
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan atas lawatan ini.
 
πŸ”Ή Pusat Pendidikan Aman merancang untuk melaksanakan Kurikulum KAFA di semua Sekolah Rendah Islam (SRI) Aman bermula tahun 2026.
πŸ”Ή Dengan izin Allah, murid Tahun 5 pada tahun 2028 akan berpeluang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di bawah kelolaan JAKIM.
 
πŸ’‘ Usaha ini selaras dengan impian kami untuk mendidik anak-anak melalui pembentukan Insan Rabbani – Generasi Qurani, agar lahir pelapis ummah yang berilmu, berakhlak dan berjiwa Islam sejati.
 
✨ “Membina Insan Mulia melalui Institusi Penyayang” ✨
 
 
LAGI

SALAM MAULIDUR RASUL 1447H

✨ Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H / 2025 ✨
 
Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί membawa cahaya hidayah, kasih sayang dan rahmat untuk sekalian alam.
 
Tema sambutan tahun ini, “Membangun Ummah Madani”, mengajak kita meneladani akhlak Rasulullah ο·Ί dalam membina masyarakat yang berilmu, beradab dan penuh kasih sayang.
 
πŸ“– Pendidikan Islam bukan sekadar ilmu di dalam buku, tetapi proses membentuk hati dan jiwa agar lebih dekat dengan Allah, mencontohi sifat amanah, jujur, adil dan ihsan yang ditunjukkan Baginda Nabi SAW.
 
🌹 Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ, memahami sirah baginda, serta mendidik generasi muda agar menjadi pewaris Ummah Madani yang berakhlak mulia.
 
πŸ’« Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini memperkukuh iman, menyemai cinta kepada Rasulullah ο·Ί dan memperteguh ukhuwah sesama kita.
 
Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩ‘ΩΨ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω
LAGI

SALAM KEMERDEKAAN KE 68

πŸ‡²πŸ‡Ύ 68 Tahun Merdeka: Ilmu Menyatukan, Rakyat Disantuni πŸ‡²πŸ‡Ύ

Di bawah payung Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni, kita menzahirkan penghayatan kemerdekaan bukan sahaja melalui cinta tanah air, tetapi juga melalui pendidikan yang membentuk insan berdaya saing dan bertanggungjawab.
Terima kasih kepada pejuang silam atas pengorbanan mereka, kini giliran kita pula menyemai semangat cintakan ilmu dan patriotisme agar Malaysia dapat melahirkan lebih ramai generasi yang intelektual, makmur dan sejahtera. β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›
LAGI

TOKOH KHIDMAT MASYARAKAT (SRI) - WAN TASNIM WAN HILMI

🌟 Tahniah Pemenang Tokoh Khidmat Masyarakat 🌟

Warga Pendidikan Aman ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Wan Tasnim binti Wan Hilmi, murid @SRI Aman Wakaf Bharu atas penerimaan Anugerah Thalhah bin Ubaidillah – Tokoh Khidmat Masyarakat (SRI) sempena Majlis Hari Anugerah Musleh (HARUM) 2025 yang berlangsung pada 9 Ogos lau di Azue Event Hall, Bandar Baru Bangi.

Pencapaian ini membuktikan dedikasi, khidmat bakti dan semangat murni Wan Tasnim dalam memberi sumbangan kepada masyarakat. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan menyuburkan semangat khidmat masyarakat dalam diri setiap murid.

πŸ‘ Tahniah sekali lagi kepada Wan Tasnim binti Wan Hilmi, ibu bapa, dan guru-guru atas dedikasi serta sokongan yang berterusan. Semoga terus maju jaya!

“Membina Insan Mulia melalui Institusi Penyayang”

#PendidikanAman #Musleh #HARUM2025 #TokohKhidmatMasyarakat #Tahniah #SRIAmanWB #SekolahRendahIslam #WakafBharu #SekolahIslamSwasta #SekolahIslamKelantan

LAGI

TAHNIAH SMI AMAN - HARI ANUGERAH MUSLEH (HARUM) 2025

πŸ“£ Ucapan Tahniah daripada Warga Pendidikan Aman
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sekolah Menengah Islam Aman - SMI AMAN yang telah menerima:
πŸ† Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2024 (Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah) semasa Majlis Hari Anugerah Musleh (HARUM) 2025 yang berlangsung baru-baru ini.
Tahniah juga kami ucapkan kepada murid SMI Aman yang membanggakan dan mengharumkan nama SMI Aman:
✨ Ahmad Azri bin Shamsul Amri – Anugerah Khalid Al-Walid (Tokoh KRSM)
✨ Nik Tasnim Zahiyyah binti Muhammad Firdaus Shah – Anugerah Zaid bin Thabit (Hafazan Terbaik)
Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi untuk seluruh warga Musleh dalam membina generasi rabbani yang cemerlang dunia dan akhirat. 🌸
β€œMembina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang”
LAGI

KEJOHANAN BADMINTON MSSD KBS 2025

Tahniah Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu !

Warga Pendidikan Aman merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu atas kejayaan cemerlang yang diraih oleh tiga orang muridnya dalam Kejohanan Badminton MSSD KBS 2025 yang berlangsung pada 23 dan 24 Julai 2025 di Dewan Badminton Tengku Anis, Pengkalan Chepa.

Tahniah dan syabas kami ucapkan buat;

Johan – Hilmaan Haseef

Naib Johan – Amer Sirhan

Tempat Ketiga – Irsyad Rizqin

Istimewa juga tahniah kami ucapkan kepada Hilmaan Haseef yang berjaya meraih gelaran Naib Johan Badminton MSSK pada 14 Ogos lalu sekaligus melayakkan beliau mewakili Kelantan ke peringkat MSSM pada September ini.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada semua warga sekolah-sekolah di bawah naungan Pendidikan Aman untuk melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

β€œMembina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang”

PendidikanAman #SRIAmanKB #MSSDKBS2025 #MSSK2025 #MSSM2025 #SekolahIslamSwasta #SekolahIslamKelantan #SekolahRendahIslam

Dapatkan info lanjut di Facebook Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu di https://www.facebook.com/sriamankb

LAGI

Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan