Makluman
  1. PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK 2025
  2. PROGRAM IBADAH KORBAN @ SMI AMAN
  3. STRATEGIC COLLABORATION BETWEEN JTB MALAYSIA & PRIVATE EDUCATION
  4. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID (MAKEM) DAN GRADUASI SPM 2024/2025 DI SMI AMAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN MERIAH
  5. MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PENUH MAKNA DI SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN, WAKAF BHARU
  6. SEKALUNG TAHNIAH SAKB ATAS KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN SUKAN PERMAINAN 2025
  7. MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH BADAN KEPIMPINAN SAWB 2025 BERLANGSUNG MERIAH
  8. PELAJAR SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU CEMERLANG DI MATSOGI TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2025
  9. SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU SERTAI KESUNAS 2025: SEMANGAT SUKAN DAN UKHUWAH DI PENTAS NASIONAL
  10. SELAMAT HARI GURU 2025
  11. RIANG RIA RAYA MERIAH DI SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU
  12. HARI PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2024
  13. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AMAN
  14. PELAJAR SRI AMAN WAKAF BHARU CEMERLANG DALAM KEJOHANAN CATUR MSSD TUMPAT
  15. PELAJAR SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU SERTAI KEM KHALIFAH MUDA 2.0 DI SHAH ALAM
  16. HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN 2025 MERIAH DAN PENUH MAKNA
  17. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN SEDEKAD PENUBUHAN SRI AMAN MACHANG
  18. KEJOHANAN PING PONG MSSD MACHANG 2025
  19. KEJOHANAN PING PONG MSSD TUMPAT 2025: SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN WAKAF BHARU CIPTA KEJAYAAN CEMERLANG
  20. KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MACHANG 2025
  21. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TASKA AMAN
  22. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TADIKA IMAN JUNIOR
  23. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TADIKA IMAN 1
  24. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
  25. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN
  26. KUNJUNGAN PIHAK AWFATECH GLOBAL KE PUSAT PENDIDIKAN AMAN
  27. AHLAN WASAHLAN & SELAMAT DATANG PENGURUS BESAR PPA
  28. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2024
  29. KELAS SMART QURAN AL-FATEH JUNIOR
  30. UJIAN BERTUTUR SPM 2024, SELAMAT MAJU JAYA!
  31. CAKNA BENCANA BANJIR 2024 PENDIDIKAN AMAN
  32. PROGRAM KEMASYARAKATAN TENTANG KEBAJIKAN HAIWAN PELIHARAAN
  33. TAHNIAH!!! KEJUARAAN SILAT REMAJA KELANTAN
  34. MUKHAYYAM TARBAWI PERSIAP 2024
  35. PENDAFTARAN KE SEKOLAH MENENGAH ISLAM AMAN
  36. SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN
  37. 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ“ 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€
  38. SUKMA SARAWAK 2024
  39. TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH MUSLEH 2024 (HARUM)
  40. TAHNIAH GRADUAN SPAIM KOHORT 2022/2023
  41. TAHNIAH CALON SPM 2023
  42. DAULAT TUANKU
  43. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2023
  44. SAWB - TOKOH GURU BESAR CEMERLANG PERINGKAT PPD TUMPAT
  45. SRI AMAN KOTA BHARU MENANG SAGUHATI DALAM PERKISS 2023
  46. GURU BESAR SRI AMAN WAKAF BHARU TERIMA ANUGERAH GURU BERWIBAWA
  47. INSTITUSI AMAN RAIH KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN VIDEO PENDEK IKRAM MUSLEH 2023
  48. SALAM MAAL HIJRAH 1445H/2023
  49. PELAJAR MTA MEMENANGI TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN HAFAZAN LELAKI PERINGKAT ZON KB 3
  50. PELAJAR SMI AMAN RAIH KEPUTUSAN SPM CEMERLANG
  51. TAHNIAH PEMENANG PINGAT EMAS KEJUARAAN SILAT TERBUKA KEBANGSAAN PENDEKAR SEABAD 2023
Image Banner

PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK 2025

Kemeriahan Musim Haji di bulan Zulhijjah

Program ekslusif setahun sekali hanya pada bulan Zulhijjah! Alhamdulillah, Prasekolah Iman (Taska Aman, Tadika Iman 1 & Tadika Iman Junior tidak melepaskan peluang untuk mengadakan Simulasi Haji Cilik di setiap institusi. Ini bagi memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang ibadah haji, rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan oleh umat Islam yang mampu serta mencipta memori indah sewaktu di tadika. Mengambil peluang berharga ini juga, kami tidak melepaskan peluang untuk menghantar murid-murid bagi menyertai program besar β€œSimulasi Haji Cilik” anjuran PTSK yang bertempat di Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu pada Rabu, 18 Jun lalu.

πŸ‘¦πŸ»πŸ‘§πŸ» Walaupun usia mereka masih kecil, hati mereka sudah disemai dengan kecintaan terhadap ibadah dan nilai-nilai Islam. Gelak tawa, keterujaan dan keinginan mereka untuk melaksanakan setiap rukun haji jelas terpancar di wajah suci murid-murid. Program yang santai dan interaktif serta mudah difahami sebegini semestinya memudahkan murid-murid untuk mengenal makna setiap ibadah yang dilakukan, serta menyedari betapa besarnya nikmat dan rahmat Allah SWT.

🌸 Mudah-mudahan program seperti ini menjadi kenangan indah dan bekal ilmu yang kekal dalam ingatan mereka hingga dewasa nanti. Kami mendoakan, anak-anak ini kelak menjadi tetamu Allah yang sebenar di Tanah Suci Mekah dan menunaikan ibadah haji dengan penuh keinsafan dan keikhlasan hati. 🀲🏼

Terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kita semua sentiasa dipelihara dalam rahmat dan hidayah Allah SWT.

πŸ“Έ Saksikan gambar-gambar comel dan momen istimewa mereka di sini! πŸ“·πŸ’–

Β 

https://www.facebook.com/share/p/15fuJEvcSf/Β 

Β 

#SimulasiHajiCilik

#TadikaIman1

#TadikaImanJunior

#TaskaAman

#PrasekolahIman

#GenerasiRabbani

Β 

LAGI

PROGRAM IBADAH KORBAN @ SMI AMAN

PROGRAM KORBAN - GENERASI RABBANI SMI AMAN

Alhamdulillah, pada Isnin, 9 Jun 2025, hari Raya Aidiladha ke-3, pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS), dengan kerjasama PIBG SMI Aman, IKRAM Kubang Kerian, IKRAM Bachok dan alumni SMI Aman telah menganjurkan Program Korban sempena Aidiladha 1446H.


Melalui program ini, para hadirin dapat bersama-sama menghayati ibadah korban dan mengeratkan ukhuwah islamiyah. Di samping itu, para murid yang hadir dapat mempelajari secara praktikal ibadah korban. Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan dalam program tersebut.


Para murid juga telah mengagihkan daging korban kepada masyarakat setempat yang memerlukan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang menjayakan!


#SMIAmanCemerlang

LAGI

STRATEGIC COLLABORATION BETWEEN JTB MALAYSIA & PRIVATE EDUCATION

STRATEGIC COLLABORATION BETWEEN JTB MALAYSIA & PRIVATE EDUCATION πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€πŸ‡―πŸ‡΅

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi, pihak Pusat Pendidikan Aman turut berasa bangga atas kerjasama strategik di antara Malaysia - Japan Educational Tourism 2025: EMPower 360 – Student Leadership Ambassador Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Japan Travel Bureau (JTB) Malaysia yang melibatkan murid-murid Sekolah Menengah Islam Aman - SMI AMANdalam melaksanakan Program Pertukaran Budaya & Kepimpinan SIRI 1.

Program telah bermula pada 8 Jun sehingga 12 Jun 2025. Seramai empat orang murid SMI Aman telah terlibat dalam program tersebut iaitu:
1. Wan Nurhana Sofea binti Wan Shah Jihan
2. Iman Khadijah binti Ahmad Burhanuddin
3. Muhammad Daniel Tenang bin Harraz Radzman Tenang
4. Mohamed Dhiaulhaq bin Mohamed Shafeq

Pihak pentadbiran mengucapkan tahniah kerana berjaya membawa nama SMI Aman di peringkat antarabangsa. Semoga program ini memberi impak besar dalam membentuk nilai kepimpinan murid-murid dan memberi peluang bermakna buat anak-anak dalam membina jaringan dengan kaum yang berbeza budaya.

"Membina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang"

LAGI

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID (MAKEM) DAN GRADUASI SPM 2024/2025 DI SMI AMAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN MERIAH

Alhamdulillah, pada hari Sabtu (24 Mei 2025), Sekolah Menengah Islam Aman telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid (MAKEM) dan Graduasi SPM 2024/ 2025. Majlis ini bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua murid yang telah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Ismail bin Mohamood, Pengerusi Lembaga Penyelaras Pendidikan IKRAM Negeri Kelantan. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah dengan kehadiran guru-guru,ibu bapa dan para murid. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid (MAKEM) dan Graduasi SPM 2024/2025.

Sekalung ucapan tahniah & Syabas kepada para murid yang telah berjaya mencapai kejayaan. Semoga terus berjaya menjadi insan yang berilmu, beriman dan berakhlak.

“Membina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang”

#PusatPendidikanAman

#InsanMulia

#InstitusiPenyayang

#SMIAmancemerlang

#jommasukSMIAman

#majlisanugerahcemerlang

#tahniah

 

LAGI

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PENUH MAKNA DI SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN, WAKAF BHARU

WAKAF BHARU, 18 Mei 2025 – Majlis Sambutan Hari Guru Sekolah Rendah Islam Aman telah berlangsung meriah dan penuh makna pagi ini di Dewan Terbuka SAWB, bersempena dengan tarikh keramat 16 Mei yang diraikan saban tahun
Sambutan pada tahun ini mengangkat tema IKRAM Musleh, "Murabbi Pemacu Pendidikan Rabbani", serta tema KPM, "Guru Pemacu Reformasi Pendidikan" sebagai cerminan peranan besar para guru dalam membentuk generasi cemerlang dunia dan akhirat.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis yang memeriahkan suasana dengan kata-kata semangat dan apresiasi buat warga pendidik.
Seterusnya, ucapan oleh penyelaras program yang turut menyentuh usaha kolektif warga sekolah dalam menyantuni para guru sebagai murabbi ummah.
Ucapan wakil murid menyentuh hati para hadirin apabila murid tersebut menyampaikan rasa syukur dan penghargaan yang tulus kepada semua guru yang telah membimbing mereka dengan sabar dan kasih sayang.
Ucapan wakil guru pula menzahirkan semangat perjuangan dalam mendidik, walau berdepan pelbagai cabaran zaman.
Kemuncak majlis adalah ucapan dan bacaan perutusan Hari Guru oleh Guru Besar Sekolah Rendah Islam Aman. Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan komitmen sekolah untuk terus mendidik anak-anak dengan acuan rabbani dan nilai-nilai Islam, seiring dengan aspirasi ke arah reformasi pendidikan yang lebih holistik.
Sebagai tanda penghargaan, penyampaian hadiah Hari Guru kepada semua guru dan staf telah diadakan, menambah seri dan kegembiraan majlis. Para guru kelihatan terharu menerima penghargaan yang melambangkan kasih sayang warga sekolah kepada mereka.
Majlis diakhiri dengan aktiviti sukaneka yang melibatkan guru dan murid. Suasana ceria dan penuh gelak tawa menghiasi dewan terbuka apabila pelbagai permainan santai dijalankan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid.
Sambutan Hari Guru tahun ini bukan sahaja mencipta memori indah buat seluruh warga Sekolah Rendah Islam Aman, malah menjadi peringatan akan tanggungjawab mulia seorang guru sebagai pemacu pendidikan rabbani dan reformasi pendidikan negara.
LAGI

SEKALUNG TAHNIAH SAKB ATAS KEJAYAAN DALAM PERTANDINGAN SUKAN PERMAINAN 2025

KOTA BHARU, 18 Mei - Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah mewakili SRI AMAN KOTA BHARU atas usaha gigih dan pencapaian cemerlang dalam acara sukan seperti badminton, ping pong, tenpin, catur dan taekwondo.
Β 
Warga SRI AMAN KOTA BHARU amat bangga dengan semangat kesukanan dan dedikasi yang telah ditunjukkan.
Β 
Semoga pencapaian ini dapat menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar SRI AMAN KOTA BHARU untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang dalam acara sukan di masa hadapan.
LAGI

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH BADAN KEPIMPINAN SAWB 2025 BERLANGSUNG MERIAH

Wakaf Bharu, 11 Mei 2025 – Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Sekolah Rendah Islam Aman Wakaf Bharu (SAWB) bagi sesi 2025 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Terbuka SAWB, bermula jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi.

Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Muhammad Afiq bin Kamarudin, Pengurus Besar Pusat Pendidikan Aman. Turut hadir memeriahkan majlis ialah En. Wan Zulkifli bin Wan Abdullah, ahli Lembaga SAWB merangkap Yang Dipertua IKRAM Kawasan Tumpat. Kehadiran kedua-dua tokoh ini menyerikan lagi majlis berprestij tersebut.

Seramai 124 orang pelajar menerima watikah pelantikan yang terdiri daripada 32 orang pengawas sekolah, 24 orang pengawas pusat sumber, 22 orang pengawas kebersihan, 16 orang ketua kelas, 16 orang penolong ketua kelas, serta 14 orang ketua dan penolong ketua halaqah.

Pelantikan kepimpinan tertinggi menyaksikan Muhammad Iman Amsyar bin Mohamad Shahrizad diumumkan sebagai Ketua Pengawas Sekolah, dibantu oleh Nur Marissa Maisarah bin Mohd Reeza sebagai Penolong Ketua Pengawas Sekolah. Sementara itu, Nur Irham Rayyan bin Nur Riduwan telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah, manakala Alya Aqilah binti Mohd Rafiq memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

Majlis turut menyaksikan sesi penyampaian sijil pelantikan yang telah disempurnakan oleh En. Muhammad Afiq dan En. Wan Zulkifli kepada semua pemimpin pelajar yang terpilih, sebagai simbolik amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas sepanjang sesi persekolahan tahun ini.

Pihak sekolah berharap barisan kepimpinan pelajar yang baharu ini dapat memacu disiplin dan kecemerlangan sekolah serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain. Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.

#legasiAman

#InsanMulia

#InstitusiPenyayang

#sawb

#sriamanwb

LAGI

Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan