Utama > SMI AMAN

09-Apr-2019

LATAR BELAKANG
Sekolah Menengah Islam Aman adalah sebuah institusi pendidikan yang berasaskan Tarbiah Islamiah yang tersusun dan terancang dalam pembinaan individu Muslim yang mampu mempraktikkan Islam dengan sempurna dan menyeluruh. Ini terbukti dengan kejayaan pelajar-pelajar SMI Aman sebelum ini.

Mulai tahun 2010 dan seterusnya, Sekolah Menengah Islam Aman akan memantapkan lagi pendidikan berasaskan Tarbiah Islamiah dengan memulakan aliran Tahfiz. Kaedah menghafaz Al - Quran yang akan dilaksanakan di SMI Aman adalah berdasarkan "Kaedah Mekah" yang akan dikendlikan oleh guru yang memang telah berjaya menghafaz Al - Quran melalui kaedah tersebut.

Dengan mengguna pakai kaedah ini Sekolah Menengah Islam Aman akan menjadi sekolah pertama yang menggunakan kaedah ini di Kelantan Darul Naim. Pengambilan pelajar untuk tahun ini dihadkan kepada 60 orang sahaja yang berkelayakan dan melepasi ujian penilaian.

VISI

Menjadi sebuah institusi pendidikan terunggul di Kelantan menjelang 2016

MISI

Menyediakan sistem pendidikan Islam untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia, berketerampilan dan menyumbang kepada pembinaan negara

MATLAMAT
1. Mengemukakan kesinambungan proses pendidikan Islam yang telah dilalui oleh murid-murid di Sekolah Rendah Islam Aman.

2. Mendidik pelajar dengan aqidah Islam yang sahih berteraskan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

3. Membina akhlak dan adab yang mulia dalam diri pelajar-pelajar.

4. Membina individu muslim dan muslimat yang soleh dan solehah yang mampu memimpin masyarakat untuk kehidupan dunia dan akhirat.

5. Menyepadukan pelajaran KBSM dengan pelajaran Diniah untuk mewujudkan asas ketunggalan ilmu.

6. Melahirkan ulama', umara', azkiah dan aghnia' yang beriltizam dengan Islam

CARTA ORGANISASI

LAGU SMI AMAN

|| MEMBINA INSAN MULIA ||

Kami pelajar SMI Aman,

Berjanji dan berusaha,

Membina diri dan keimanan,

Jadi insan yang mulia.

Allah tumpuan hidup kami,

Rasulullah ikutan kami,

Al Quran panduan hidup kami,

Jihad itu jalan kami.

Aqidah yang sejahtera,

Amal ibadah yang murni,

Akhlak insan yang mulia,

Ilmu menguasai diri,

Membina insan yang mulia,

Di dunia dan akhirat.

Kewajipan kita besar,

Masa yang terus beredar,

Kuatkan tekad giatkan usaha,

Moga kitakan berjaya.

Allah tuhanku yang Esa,

Dengarlah rayuan hamba,

Kekalkan kami dalam keimanan,

Limpahilah kerahmatan.

Ciptaan & Lirik: Dr. Othman bin Md. Zin