Utama > SRI AMAN KOTA BHARU

09-Apr-2019

ASPIRASI PENUBUHAN
Sekolah Rendah Islam Aman (1991) telah ditubuhkan dengan aspirasi melahirkan generasi pewaris dan menyiapkan bakal pemimpin generasi Muslim akan datang. Institusi ini menyahut cabaran meneruskan tradisi penyebaran agama di negeri Kelantan. Tanah Serambi Mekah yang menghasilkan ratusan ulama yang berwibawa. Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Islam Aman menekankan pendidikan agama sesuai dengan keperluan semasa

VISI

Menjadi sebuah institusi pendidikan terunggul di Kelantan.

MISI
Menyediakan sistem pendidikan Islam untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia, berketerampilan dan menyumbang kepada pembinaan negara

PENDIDIKAN BERSEPADU
Pendidikan Sekolah Rendah Islam Aman menggunakan konsep tauhid dan akhlak merentasi kurikulum. Kurikulum pendidikan Islam bersepadu ini bertujuan membentuk sikap, keperibadian, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi kebaikan dunia dan akhirat.

CARTA ORGANISASI

LAGU SRI AMAN KOTA BHARU

Kami pelajar SRI Aman,

Berjanji dan berusaha,

Membina diri dan keimanan,

Jadi insan yang mulia.

Allah tumpuan hidup kami,

Rasulullah ikutan kami,

Al Quran panduan hidup kami,

Jihad itu jalan kami.

Aqidah yang sejahtera,

Amal ibadah yang murni,

Akhlak insan yang mulia,

Ilmu menguasai diri,

Membina insan yang mulia,

Di dunia dan akhirat.

Kewajipan kita besar,

Masa yang terus beredar,

Kuatkan tekad giatkan usaha,

Moga kitakan berjaya.

Allah tuhanku yang Esa,

Dengarlah rayuan hamba,

Kekalkan kami dalam keimanan,

Limpahilah kerahmatan.

Ciptaan & Lirik: Dr. Othman bin Md. Zin