Utama > SRI AMAN MACHANG

09-Apr-2019

ASPIRASI PENUBUHAN


Sekolah Rendah Islam Aman Machang (SRIAM) ditubuhkan pada 2012 dan memulakan persekolahan pada Januari 2013. SRIAM merupakan cawangan dan kesinambungan Sekolah Rendah Islam Aman Kota Bharu yang ditubuhkan pada 1991 dan SRI Aman Wakaf Bharu dengan aspirasi penubuhan, melahirkan generasi pewaris dan menyiapkan bakal pemimpin generasi Muslim akan datang. Institusi ini menyahut cabaran meneruskan tradisi penyebaran Islam di negeri Kelantan - Tanah Serambi Mekah yang telah melahirkan ratusan ulama' berwibawa. Sistem pendidikan Islam di SRI Aman menekankan pendidikan Islam sesuai dengan keperluan semasa.

VISI

Menjadi sebuah institusi pendidikan terunggul di Kelantan menjelang 2016

MISI

Menyediakan sistem pendidikan Islam untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia, berketerampilan dan menyumbang kepada pembinaan negara

PENDIDIKAN BERSEPADU


Pendidikan Sekolah Rendah Islam Aman menggunakan konsep tauhid dan akhlak merentasi kurikulum. Kurikulum pendidikan Islam bersepadu ini bertujuan membentuk sikap, keperibadian, kemahiran dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi kebaikan dunia dan akhirat.

CARTA ORGANISASI

 

LAGU SRI AMAN

Kami pelajar SRI Aman,

Berjanji dan berusaha,

Membina diri dan keimanan,

Jadi insan yang mulia.

Allah tumpuan hidup kami,

Rasulullah ikutan kami,

Al Quran panduan hidup kami,

Jihad itu jalan kami.

Aqidah yang sejahtera,

Amal ibadah yang murni,

Akhlak insan yang mulia,

Ilmu menguasai diri,

Membina insan yang mulia,

Di dunia dan akhirat.

Kewajipan kita besar,

Masa yang terus beredar,

Kuatkan tekad giatkan usaha,

Moga kitakan berjaya.

Allah tuhanku yang Esa,

Dengarlah rayuan hamba,

Kekalkan kami dalam keimanan,

Limpahilah kerahmatan.

Ciptaan & Lirik: Dr. Othman bin Md. Zin