:
Profil SRI Aman Kota Bharu



🎯 Visi & Misi
πŸ—‚οΈ Pengurusan Sekolah
πŸŽ–οΈ Tunas KRS Musleh
πŸͺ™ Kadar Yuran
πŸ“± Ikuti Kami
 

SEJARAH PENUBUHAN

15 Disember 1990 Permohonan pendaftaran Sekolah Rendah Islam Aman, Kota Bharu.
21 April 1991 Pengambilan sulung murid seramai 50 orang & 5 orang tenaga pengajar.

Kelulusan permohonan pendaftaran dari MAIK & Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan nama Sekolah Rendah (Swasta) SRI Aman.
7 Mac 2002 Pelepasan hakmilik SRI Aman dari Pustaka Aman Press (PAP) kepada Pendidikan Aman Sendirian Berhad (PASB).
27 April 2002 Permohonan perubahan ahli lembaga pengelola SRI Aman & perbaharui perakuan pendaftaran SRI Aman.
27 Januari 2004 Perakuan pendaftaran Sekolah Rendah Islam Aman.

 

SRI Aman Kota Bharu merupakan salah sebuah sekolah di bawah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (dahulunya dikenali sebagai IKRAM Musleh).


VISI, MISI
Moto

VISI

 

Menjadi institusi terunggul di Kelantan menjelang tahun 2030

Visi
Misi

MISI

 

Menyediakan sistem pendidikan Islam untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia, berketerampilan & menyumbang kepada pembinaan negara

Moto

 

Membina insan mulia melalui institusi penyayang

Moto

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

 

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

 
Falsafah Pendidikan Negara
Falsafah Pendidikan Islam

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

 

Pendidikan adalah satu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan Rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang, dan dinamik berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Usaha ini adalah untuk membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan Negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

 


KELEBIHAN KAMI
Silibus Kurikulum Bersepadu

  • Penggunaan silibus pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Sukatan Pelajaran Ilmu Syariah (SPIS) oleh IKRAM Musleh.

  • Standard Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Program pengukuhan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

  • Integrasi kemahiran S.T.E.M dalam pengajaran dan pembelajaran berpandukan modul khas.

  • Kategori konstruk dibahagikan kepada ilmu (diniah, akademik dan kokurikulum), iman (ihsan), akhlak (pekerti mulia), kemampuan (kepimpinan) dan ibadah (fardhu ain).


TERAS Kurikulum SRI Aman

Penerapan Akidah
01

Penerapan Akidah Merentasi Kurikulum

 

Kurikulum yang disusun di SRI Aman menggabungkan subjek akademik dan pendidikan Islam dengan pendekatan holistik. Semua mata pelajaran akademik seperti Matematik, Sains, dan Bahasa, serta mata pelajaran pendidikan Islam seperti Aqidah, Sirah, Feqah dan Akhlak disampaikan dengan mengintegrasikan nilai-nilai Islam.

02

Integrasi Nilai Islam dalam Kurikulum

 

Selain akademik, murid juga dididik dengan bacaan dan hafazan Al-Quran yang betul. Penanaman tarbiyah dan asas Islami membantu dalam membentuk asas keagamaan yang kukuh dalam diri murid.

Integrasi Nilai Islam
Penilaian Berterusan
03

Penilaian Berterusan dan Dinamik

 

Falsafah pendidikan sekolah ini berteraskan tauhid dengan matlamat membina insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini jelas dinyatakan dalam visi sekolah untuk melahirkan generasi yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia, dan berketerampilan.


WAWASAN KAMI

Tarbiah "Membina Keperibadian Muslim"

Penekanan Akhlak
01

PENEKANAN KEPADA AKHLAK DAN ADAB

Selain penekanan kepada akademik, pengukuhan kepada akhlak yang mulia juga dititikberatkan. Setiap pelajaran disemai dengan nilai-nilai moral dan etika Islam.

Penghayatan Solat
02

PENGHAYATAN SOLAT BERJEMAAH DAN QIAMULLAIL

Murid dilatih untuk melaksanakan solat secara berjemaah setiap hari di sekolah supaya menjadi hamba Allah yang bertaqwa serta penglibatan aktiviti qiamullail secara berkala.

Tilawah Al-Quran
03

TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN

Murid-murid diajar membaca, memahami, dan menghafal al-Quran. Ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran mereka dalam al-Quran tetapi juga memperkukuhkan asas keagamaan mereka.

Program Mukayyam
04

PROGRAM MUKAYYAM DAN HALAQAH

Aktiviti-aktiviti seperti halaqah ilmu dan mukhayyam diadakan untuk mengukuhkan iman dan meningkatkan keperibadian murid. Aktiviti ini juga membantu dalam membentuk hubungan yang lebih erat antara murid.


TUNAS KADET REMAJA
SEKOLAH MUSLEH

 
Logo KRS Musleh
Logo Sekolah
πŸ“Œ DISIPLIN DAN KEROHANIAN
πŸ“Œ KHIDMAT MASYARAKAT (KHIDMAS)
πŸ“Œ KETAHANAN DIRI & KEBUDAYAAN
πŸ“Œ ALAM SEKITAR
πŸ“Œ KEUSAHAWANAN
Aktiviti Memanah TKRSM
Aktiviti Kawad Kaki TKRSM

Modul Latihan
&
Kepimpinan

  • β–ΆPERKHEMAHAN INTERNASIONAL KRS MUSLEH (PRINT)
  • β–ΆPERKHEMAHAN NASIONAL (PERNAS)
  • β–ΆPERKHEMAHAN NASIONAL DI UDARA (PENARA)
  • β–Ά UJIAN & KURSUS KENAIKAN PANGKAT ANGGOTA DAN PEGAWAI LATIHAN SERTA PENTAULIAHAN PEGAWAI KRSM & TKRSM
  • β–Ά MAJLIS PENTAULIAHAN PANGKAT ANGGOTA DAN PEGAWAI LATIHAN, KRSM & TKRSM
ILMU - IMAN - AMAL

TERAS PEMBENTUKAN GENERASI RABBANI



DIIKTIRAF & DIPERCAYAI

Sijil Pendidikan

Sekolah Rendah Islam Aman

Berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996

No. Pendaftaran: SRS04003

Sah sehingga 31 Disember 2028

Sijil Maik

Diiktiraf oleh MAIK

Kategori: Sekolah Agama Rakyat Kelantan (SAR)

No. Rujukan: D231 / 595 / 2 / 3 - 2

Sejak 1998


IKUTI KAMI
Platform Media Sosial

Mula Langkah Kejayaan Anak Anda Hari Ini

Sertai komuniti sekolah kami yang prihatin dan dinamik. Pilih salah satu tindakan pantas di bawah untuk memulakan atau menguruskan perjalanan akademik anak anda.

Daftar

Daftar Sekarang

Permohonan kemasukan murid baharu secara dalam talian.

Buka Borang
Semak

Semak Pendaftaran

Semak status permohonan kemasukan semasa anak anda.

Semak Status
Bayar

Bayar Yuran

Uruskan pembayaran yuran pengajian dengan selamat.

Bayar Online