:
POLISI YURAN PUSAT PENDIDIKAN AMAN


Polisi Yuran Pusat Pendidikan Aman

Dikeluarkan oleh: Unit Kewangan Pejabat Pendidikan Aman

Edisi Kemaskini: 5 Januari 2026

 

1.0 PENGURUSAN YURAN BERPUSAT

1.1 Yuran bagi mana-mana Institusi Pendidikan boleh dijelaskan di semua pejabat Institusi Pendidikan.

 

2.0 PENGELUARAN RESIT 

2.1 Pejabat Institusi Pendidikan perlu mengeluarkan resit rasmi secara serta merta untuk sebarang bayaran yuran secara tunai.

2.2 Pejabat Insitusi Pendidikan perlu mengeluarkan resit rasmi dalam tempoh satu hari bekerja selepas mendapat makluman untuk sebarang bayaran secara perbankan atas talian.

2.3 Pejabat Institusi Pendidikan tidak perlu mengeluarkan resit rasmi untuk sebarang bayaran yuran melalui portal yuran Pusat Pendidikan Aman. Sekiranya ibubapa meminta resit rasmi, Pejabat Institusi Pendidikan boleh memberikan resit rasmi yang dimuat turun daripada portal berkenaan.

2.4 Resit rasmi akan menjadi sumber rujukan utama sekiranya sebarang pertikaian berlaku.

 

3.0 DEPOSIT

3.1 Deposit dikenakan kepada murid yang baru mendaftar untuk meminimakan kerugian Pendidikan Aman apabila

3.1.1 seseorang murid berhenti/diberhentikan/menamatkan pengajian tanpa melangsaikan yuran tertunggak

3.1.2 berlakunya kerosakan pada fasiliti Institusi Pendidikan disebabkan oleh seseorang murid tetapi Institusi Pendidikan tidak menerima apa-apa ganti rugi

3.2 Deposit wajib dibayar selewat-lewatnya pada hari pertama persekolahan murid berkenaan.

3.3 Sekiranya seseorang murid berhenti dan masih mempunyai tunggakan yuran atau ganti rugi, Pendidikan Aman akan terus menolak tunggakan tersebut daripada deposit berkenaan. Sekiranya deposit berkenaan masih berbaki, maka baki deposit akan dipulangkan. Sekiranya tunggakan yuran atau ganti rugi masih berbaki, ibubapa hendaklah menyelesaikan tunggakan yuran atau ganti rugi tersebut.

3.4 Tempoh pemulangan deposit adalah seperti berikut

3.4.1 Satu bulan selepas permohonan berhenti diluluskan bagi murid yang berhenti

3.4.2 Satu bulan selepas murid ditamatkan bagi murid yang ditamatkan

3.4.3 Dua bulan selepas sesi berakhir bagi murid yang menamatkan pengajian

3.5 Pemulangan deposit hanya boleh dibuat secara perbankan dalam talian.

3.6 Sekiranya tiada nombor akaun yang sah diberikan untuk pemulangan deposit, maka deposit berkenaan akan dianggap sebagai wang tidak dituntut dan akan diserahkan kepada Jabatan Wang Tidak Dituntut berdasarkan Akta Wang Tidak Dituntut serta garis panduan, pekeliling atau apa-apa peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

 

4.0 TEMPOH BAYARAN YURAN

4.1 Yuran hendaklah dijelaskan sebelum/pada tarikh berikut

4.1.1 Deposit: Hari pertama persekolahan

4.1.2 Yuran Sepanjang Pengajian: 31 Mac

4.1.3 Yuran Sepanjang Sesi: 30 Jun

4.1.4 Yuran Peperiksaan Khas dan Program Kecemerlangan: 30 Jun

4.1.5 Yuran Pengajian dan Yuran Makan: Hari terakhir setiap bulan

4.2 Yuran yang tidak dijelaskan selepas tempoh yang dinyatakan akan dianggap sebagai tertunggak

 

5.0 TEMPOH PERCUBAAN

5.1 Setiap murid mempunyai tempoh percubaan selama 14 hari kalendar yang dikira bermula daripada hari persekolahan pertama murid berkenaan.

5.2 Sekiranya murid berkenaan memohon untuk berhenti dalam tempoh percubaan ini,

5.2.1 hanya separuh daripada yuran pengajian dan yuran makan (jika berkaitan) akan dikenakan

5.2.2 semua yuran sepanjang pengajian dan yuran sepanjang tahun tidak akan dikenakan

5.3 Yuran-yuran yang telah dibayar akan dipulangkan dalam tempoh satu bulan selepas permohonan berhenti diluluskan.

 

6.0 KEMASUKAN ATAU PENAMATAN SELEPAS SESI PERSEKOLAHAN BERMULA

6.1 Seseorang murid yang memulakan pengajian selepas sesi bermula akan dicaj yuran seperti berikut;

6.1.1 Deposit: 100%

6.1.2 Yuran Sepanjang Pengajian: 100%

6.1.3 Yuran Sepanjang Sesi:

6.1.3.1 100% untuk kemasukan sebelum atau pada 31 Mac

6.1.3.2 75% untuk kemasukan bermula 1 April sehingga 30 Jun

6.1.3.3 50% untuk kemasukan bermula 1 Julai sehingga 30 September

6.1.3.4 25% untuk kemasukan selepas 1 Oktober

6.1.4 Yuran Peperiksaan Khas dan Program Kecemerlangan

 6.1.4.1 100% untuk kemasukan sebelum atau pada 30 Jun

6.1.4.2 75% untuk kemasukan bermula 1 Julai sehingga 30 September

6.1.4.3 30% untuk kemasukan selepas 1 Oktober

6.1.5 Yuran Pengajian dan Yuran Makan

 6.1.5.1 100% untuk kemasukan sebelum atau pada 15hb

 6.1.5.2 50% untuk kemasukan bermula 16hb

6.2 Sekiranya seseorang murid berhenti sebelum sesi persekolahan tamat, maka murid berkenaan akan dicaj yuran seperti berikut

 6.2.1 Yuran Sepanjang Pengajian: 100%

 6.2.2 Yuran Sepanjang Sesi:

6.2.2.1 25% untuk penamatan sebelum atau pada 31 Mac

6.2.2.2 50% untuk penamatan bermula 1 April sehingga 30 Jun

6.2.2.3 75% untuk penamatan bermula 1 Julai sehingga 30 September

6.2.2.4 100% untuk penamatan selepas 1 Oktober

6.2.3 Yuran Peperiksaan Khas dan Program Kecemerlangan

6.2.3.1 30% untuk penamatan sebelum atau pada pada 30 Jun

6.2.3.2 75% untuk penamatan bermula 1 Julai sehingga 30 September

6.2.3.3 100% untuk penamatan selepas 1 Oktober

6.2.4 Yuran Pengajian dan Yuran Makan

6.2.4.1 50% untuk penamatan sebelum atau pada 15hb

6.2.4.2 100% untuk penamatan selepas 16hb

 

7.0 DISKAUN

7.1 Diskaun yuran anak kedua dan seterusnya (rujuk kadar yuran bagi Insitusi Pendidikan berkenaan) layak diterima sekiranya seseorang murid mempunyai abang/kakak yang belajar di mana-mana Institusi Pendidikan pada masa yang sama.

7.2 Ibu bapa yang membuat bayaran penuh untuk Yuran Tahunan dan Yuran Pengajian (12 bulan) sebelum atau pada hari terakhir bulan pertama bagi setiap sesi persekolahan layak mendapat diskaun 2% ke atas jumlah yuran tersebut

 

8.0 PENGURANGAN YURAN KERANA KETIDAKHADIRAN

8.1 Sekiranya seseorang murid tidak hadir bagi tempoh yang berpanjangan disebabkan sakit, berada di luar kawasan atau apa-apa sebab lain dan masih berminat untuk meneruskan persekolahan seperti biasa pada sesi semasa atau seterusnya, maka

8.1.1 Yuran Pengajian akan dikenakan seperti berikut

8.1.1.1 100% untuk tempoh ketidakhadiran kurang daripada 60 hari kalendar berturut-turut.

8.1.1.2 70% untuk tempoh ketidakhadiran lebih daripada 60 hari kalendar berturut-turut tetapi kurang daripada 120 hari kalendar berturut-turut.

8.1.1.3 50% untuk tempoh ketidakhadiran lebih daripada 120 hari kalendar berturut-turut.

8.1.2 Yuran makan akan dikenakan seperti berikut

8.1.2.1 100% untuk tempoh ketidakhadiran kurang daripada 15 hari kalendar berturut-turut

8.1.2.2 0% untuk tempoh ketidakhadiran lebih daripada 15 hari kalendar berturut-turut

8.2 Tiada pengurangan akan diberikan kepada murid yang tidak hadir tanpa permohonan bertulis terlebih dahulu kepada pihak Institusi Pendidikan.

8.3 Tiada pengurangan akan diberikan kepada ketidakhadiran disebabkan oleh cuti persekolahan

8.4 Sekiranya seseorang murid berhenti melebihi tempoh 30 hari kalendar, maka murid berkenaan perlu mendaftar semula dan yuran akan dikenakan sepertimana pendaftaran murid baru. Pendaftaran juga adalah tertakluk kepada kekosongan serta sebab murid berkenaan berhenti sebelumnya.

 

9.0 PENGURUSAN YURAN TERTUNGGAK

9.1 Sekiranya Pendidikan Aman mendapati murid mempunyai tunggakan yuran, tindakan berikut akan diambil

9.1.1 Tunggakan 1 bulan: Ibubapa/penjaga akan menerima peringatan melalui sistem/aplikasi pesanan ringkas

9.1.2 Tunggakan 3 bulan: Ibubapa/penjaga akan menerima makluman penahanan keputusan peperiksaan murid

9.1.3 Tunggakan 4 bulan: Ibubapa/penjaga akan menerima amaran gantung pengajian murid

9.1.4 Tunggakan 6 bulan: Ibubapa/penjaga akan menerima surat gantung pengajian murid. Murid yang digantung tidak dibenarkan menduduki peperiksaan selain UPKK, UPSRIP, SPPIM dan SPM.

9.2 Sekiranya Pendidikan Aman mendapati murid mempunyai tunggakan yuran pada akhir sesi, murid berkenaan tidak akan disenaraikan dalam senarai kelas bagi sesi baru dan tidak dibenarkan menyambung sesi baru sehinggalah tunggakan tersebut dijelaskan.

9.3 Sekiranya Pendidikan Aman mendapati murid mempunyai tunggakan yuran pada akhir pengajian, murid berkenaan tidak akan menerima Sijil Berhenti Sekolah dan Fail Peribadi sehinggalah tunggakan tersebut dijelaskan.