:
PENGENALAN


Pusat Pendidikan Aman ialah satu rangkaian institusi pendidikan swasta bermula daripada usia seawal satu tahun sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Pusat Pendidikan Aman dimiliki oleh Pendidikan Aman Sdn Bhd, sebuah entiti yang diperbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 199801017342 (473471-U).
Sejarah Pusat Pendidikan Aman bermula dengan penubuhan Tadika Iman pada tahun 1989. Untuk meneruskan matlamat penubuhan Tadika Iman, Sekolah Rendah Islam Aman telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan Sekolah Menengah Islam Aman pula ditubuhkan pada tahun 1997. Pada tahun 1999, ketiga-tiga institusi pendidikan berkenaan digabungkan sebagai satu rangkaian yang diberikan nama Pusat Pendidikan Aman. Pada masa ini, rangkaian Pusat Pendidikan Aman adalah terdiri daripada satu taska, dua tadika, tiga sekolah rendah, satu sekolah menengah dan satu maahad tahfiz. Pusat Pendidikan Aman diuruskan oleh Jawatankuasa Pendidikan IKRAM Negeri Kelantan melalui Pejabat Pendidikan Aman manakala setiap Institusi Pendidikan diuruskan oleh Lembaga Pengelola Sekolah melalui Jawatankuasa Pengurusan Sekolah masing-masing.